ORDER FORM

Nama:
Alamat:
Email:
No. Tel :
Produk D' Awet Muda yang ingin dibeli:(1 order form = 1 produk saja) Facial Soap Slimming(Chili) Slimming(Asam Jawa) Slimming(Halia) Slimming(Limau Purut)
Kuantiti produk yang ingin dibeli:(untuk kuantiti yang melebihi 10 sila hubungi kami terus untuk mendapat harga yang istimewa)
Catatan/komen:
This form powered by Freedback

Thursday, December 2, 2010

Tazkirah Awal Bulan


Syukur Alhamdulillah ke atas rahmat dan nikmatNya yang dikurniakan kepada kita
Segala Puji-pujian kepada Allah,Tuhan sekalian Alam.

Segala apa yang kita miliki adalah milik Nya,yang dipinjamkan untuk beramal dan sebagai dugaan/ujian Nya di atas muka bumi ini.

Oleh sebab semua benda duniawi ini adalah fana,yakni tidak kekal,tidak ada sebab untuk kita mengambil hak orang lain atau dengan kata lain mencuri walaupun daripada orang bukan Islam.

Bercakap mengenai hak ini tidak lari jika kita berbicara tentang hutang dalam Islam.

Firman Allah S.W.T bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya" (Surah al-Baqarah ayat 282).

Ayat ini menjelaskan bahawa Islam membenarkan amalan berhutang dengan pelbagai syarat dan peraturan supaya kezaliman di antara manusia tidak berlaku dan urusan pinjaman berlaku secara adil dan reda meredai.

Orang yang memberi hutang termasuk dalam golongan mereka yang berhati mulia. Mereka memberi pertolongan kepada golongan yang memerlukan dan mereka akan diberi pahala daripada Allah.

FirmanNya yang bermaksud : "Dan bertolong-tolonglah kamu atas tujuan kebaikan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan" (Surah al-Maidah ayat 2).

Antara peringatan yang disabdakan oleh Rasulullah saw:

Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya).
- Hadis riwayat At-Tabrani


Malah tidak terkecuali bagi mereka yang mati syahid sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.:

Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.
- Hadis riwayat Muslim


Maka dengan ini jelas bahawa hutang ini perkara yang bukan remeh temeh.Sanggupkah kita tidak membayar hutang walaupun nilai kecil contohnya seratus ringgit meskipun kita tahu balasan yang akan ditimpa oleh kita semasa dunia akhirat nanti?

Disebabkan sepuluh/seratus/seribu ringgit kita tidak boleh masuk syurga?Dan sesungguhnya sekiranya kita tidak membayar hutang dan boleh menzalimi seseorang itu,nescaya doa orang yang dizalimi tiada hijab yang menghalangnya.-Doa itu pedang bagi orang mukmin-

Renungkanlah segala amalan kita di dunia yang tidak kekal ini,adakah kita mempunyai hutang yang belum dijelaskan atau kita terambil hak orang lain semasa kita masih lagi hidup?


Wallahualam.Allah jua yang lebih mengetahui kerana Allah Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment